Thursday 20 October 2011

Kerjaya sebagai akauntan

Akauntan
Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.
Keterangan Tugas
Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;
Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;
Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;
Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;
Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain.

No comments:

Post a Comment