Wednesday 19 October 2011

Kerjaya seorang arkitek


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat setia majalah web ini. Smile Ruangan kerjaya kali ini akan membincangkan mengenai kerjaya seorang arkitek profesional. Saya amat yakin setiap orang pasti mengimpikan cita-cita yang sangat tinggi dalam diri mereka dan salah satunya ialah kerjaya arkitek.
 

 Seorang arkitek itu akan dilatih secara khusus untuk menimba pengetahuan dalam unsur-unsur seni dan mengintegrasikannya dengan unsur-unsur sains. Melalui integrasi ini seorang arkitek itu bukan sahaja dapat memenuhi keperluan manusia untuk mendapatkan tempat perlindungan, bahkan dapat juga mencipta tamadun kemanusiaan yang akan kekal untuk dinikmati, dinilai dan menjadi warisan generasi akan datang. Selain itu, tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat undang-undang dan akta perancangan setempat. Seorang arkitek perlu memainkan peranan dan juga bertanggungjawab dalam menyelaras pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari awal hingga ke akhir.

No comments:

Post a Comment