Thursday, 20 October 2011

kerjaya seorang pramugari


Kerjaya Pramugari

Salah satu kerjaya yang mendapat ramai penimatnya ialah kerjaya sebagai seorang pramugari.

1. Tugas Asas
Tugas as seorang pramugari atau pramugara ialah memastikan keselamatan penumpang disetiap masa. Inilah tugasan yang mewajibkan syarikat penerbangan membawa pramugari/ra semasa terbang. Tugasan lain ada lah ditambah termasuk tugas menghidang makanan dan membuat jualan kepada penumpang.


2. Ukuran Pencapaian
Ukuran pencapaian seorang anak kapal adalah agak sukar dan menjadi persoalan dibeberapa pihak. Munkin ada mudah nya hanya dengan menggunakan ukuran berasaskan 'complaint' atau compliment yang diterima. Semakin banyak pujian maka semakin tinggilah ukuran nya. Kalau sesaorang itu banyak mendapat complaint maka kuranglah pencapaian dia.


3. Struktur Jawatan Kerjaya.
Struktur nya mengikut keadaan syarikat. Dibawah dinyatakan contoh sebuah syarikat Penerbangan Antarabangsa:

a. Mula Kerja sebagai - Junior Cabin Crew - berkhidmat didalam kapal kecil seperti B737.

b. Anak Kapal Senior - Bertugas didalam kapal yang lebih besar seperti B747. Kapal ini anggap sebagai wide-body dan mempunyai 2 aisle - 2 lorong didalam cabin nya.

c. Steward/stewardess Kanan - Jawatan yang diberi kepada The crew in charge in a flight for a small aircraft.

d. Supervisors Cabin - Crew yang bertugas sebagai supervisor didalam kapal besar seperti B747.

e. Controller - Menjaga sesuatu fleet atau jenis kapal, seperti B747 atau A330. Ini mrupakan tugas dipejabat dan jarang jarang terbang.

Kerjaya sebagai akauntan

Akauntan
Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.
Keterangan Tugas
Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;
Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;
Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;
Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;
Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain.

Wednesday, 19 October 2011

kerjaya sebagai doktor

DASYAT,,,DASYAT,,,


Nak jadi pakar kanak2  mestilah seorang yg penyabar dan boleh melayan kerenah kanak2... melayan kerenah kanak2 yg sihat sangat berbeza dgn melayan kanak2 yang sakit... tak sama.. kalo yg sihat pun kita takbleh nak handle... yang sakit lagi laaa..
lepas tu pulak, kena layan kerenah mak bapaknya pulak...
cuba bayangkan situasi begini... anda sebagai doktor perlu menyuntik ubat kepada pesakit... pesakit meraung kerana takut dicucuk...  mak bapak pulak tak senang duduk dan ada yang celupar memaki doktor kononnya terlalu kasar (dah nak cucuk jarum, mesti la sakit)... jadi anda kena handle dua part... budak tu dan parents dia..
pada saya lebih mudah handle budak dari parents...

satu benda lagi... kalo anda terbuat silap... anda akan lebih mudah disaman oleh parents....
berbanding jika anda tersilap pada org dewasa ata org tua.... emosi tidak terlalu kuat disitu..

satu lagi yang perlu diingati...hehehehe..
kanak2 sakit ni tak macam org dewasa.... kalo dia nak sembuh, dia akan sembuh lebih cepat dari org dewasa.. tapi kalo dia nak jadi tenat, dia akan lebih cepat menjadi tenat berbanding org dewasa... jadi, sebagai pakar kanak2, anda mesti sentiasa available dan rushing bila berlaku sesuatu situasi kecemasan pada pesakit anda....

Kerjaya sebagai jurugamba

Jurugambar atau jurufoto adalah seseorang yang mengambil gambar foto menggunakan kamera. Mereka ini adalah seniman kerana hasil karya mereka dihargai sebagaimana lain-lain artis visual. Seseorang boleh menjadi seorang jurugambar amatur atau seorang jurugambar profesional jika dia menggunakan bidang fotografi bagi menyara hidupnya.


Jurugambar sering dikategorikan berdasarkan subjek kesukaan mereka. Antara subjek kegemaran jurugambar ialah landskap, alam benda, potret, dokumentari, jurufoto komersil, dan sebagainya. Beberapa jurugambar membuat pengkhususan kepada sesuatu subjek sahaja.

kerjaya sebagai wartawan

Berminat dan berkemahiran dalam bidang penulisan.
Cenderung dan berminat dalam penulisan berkonsep Islamik.
Sering mengikuti perkembangan semasa dan dunia Islam.
Berminat melakukan kerja-kerja kewartawanan.
Tahan cabaran & boleh bekerja di bawah tekanan deadline.
Boleh bekerja sama ada dalam berkumpulan atau bersendirian.
Kreatif & banyak idea baru.
Gemar membaca.

Syarat lain:
Pemegang ijazah @ diploma dalam komunikasi digalakkan memohon.
Graduan aliran lain juga boleh memohon asalkan punya minat mendalam dan berani mencuba.
Pengetahuan dalam bidang agama; adalah satu keistimewaan.

Jika anda ada ciri-ciri di atas dan punya keistimewaan lain, maka anda layak untuk membina kerjaya di Kumpulan Karangkraf sebagai WARTAWAN/PENULIS (sepenuh masa).

kerjaya seorang bomba

Buat pertama kali melihat panorama FRAM Wakaf Tapai memang hebat. Keluasan kawasan dengan lokasi Pusat Latihan yang bersih dan menarik menjadikannya antara Pusat Latihan yang saya paling 'respect dan suspect'. Sewajarnya Pusat Latihan ini dinaikkan tarafnya menjadi Akademik yang bertaraf dunia dengan diperlengkapkan lagi kemudahan latihan yang sedia ada. Suasana yang damai pada pagi hari menjadikan Pusat Latihan ini tenang dan 'syonok' dipandang mata. So ada seorang pegawai Bomba pernah berkata, 'Di FRAM tiada hari yang TIADA LATIHAN' so melihat suasana sebegitu pastinya sesuailah kalau anggota bomba ke sini... latihan... latihan..... latihan.....

Bangun pagi tu biasa lah.. tapi bangun seawal jam 5.30 pagi sambil siap pakai uniform lengkap.. fuyoo itu kira 'baik punye'. Anak2 dara Kadet Bomba di'kerah' bangun awal dengan persediaan rapi bagi memulakan kursus dan latihan. Sebelum tu, malam semalamnya 'berjaga' betulkan boot sampai jam 1.30 pagi. Biasalah bagi 'kilat dan adjust' sana sini. Walau bagaimanapun semua urusan beres.

Pagi tu makan kena beratur dan bertertib. Tapi budak2 pompuan lah katakan 'jaga dan control cantik'. Sebelum bersarapan sempat posing ramai-ramai buat kenangan ketika seawal pagi di FRAM Wakaf Tapai, Terengganu.

Kerjaya seorang arkitek


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat setia majalah web ini. Smile Ruangan kerjaya kali ini akan membincangkan mengenai kerjaya seorang arkitek profesional. Saya amat yakin setiap orang pasti mengimpikan cita-cita yang sangat tinggi dalam diri mereka dan salah satunya ialah kerjaya arkitek.
 

 Seorang arkitek itu akan dilatih secara khusus untuk menimba pengetahuan dalam unsur-unsur seni dan mengintegrasikannya dengan unsur-unsur sains. Melalui integrasi ini seorang arkitek itu bukan sahaja dapat memenuhi keperluan manusia untuk mendapatkan tempat perlindungan, bahkan dapat juga mencipta tamadun kemanusiaan yang akan kekal untuk dinikmati, dinilai dan menjadi warisan generasi akan datang. Selain itu, tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat undang-undang dan akta perancangan setempat. Seorang arkitek perlu memainkan peranan dan juga bertanggungjawab dalam menyelaras pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari awal hingga ke akhir.

Kerjaya seorang pereka fesyen


Apa yang perlu ialah minat yang mendalam. Seseorang itu tidak harus meletakkan cita cita untuk menjadi pereka fesyen kerana disebabkan glamour dan juga nama. Banyak dugaan, cubaan dan cabaran yang harus ditempuhi oleh pelajar rekaan fesyen sebelum mengecapi kejayaan.
Bagaimana pula hendak menjadi seorang pereka fesyen yang profesional dan terkenal? Apakah syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan? Di manakah institusi yang menawarkan kursus yang boleh melayakkan diri menjadi seorang pereka fesyen? Bagaimanakah cara-cara memohon bidang pengajian yang berkaitan rekaan fesyen? Inilah persoalan persoalan yang harus dicari jawapannya sebelum seseorang itu menc
eburkan diri dalam bidang fesyen ini.

Kerjaya pengurus hotel


Diploma Pengurusan Hotel
Dalam jangka masa tiga tahun, pelajar akan diterapkan dengan Pengenalan Hospitaliti, Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Operasi Hotel, Pengurusan Kaunter Hadapan dan banyak Iagi pembelajaran yang akan ditekankan ke dalam Kursus Pengurusan Hotel. Subjek-subjek ini akan lebih membentuk pelajar tentang etika dalam bidang perhotelan.



Penerangan Subjek


Pengurusan Makanan Dan Minuman
Subjek ini memperkenalkan para pelajar berkaitan teknik kepekaan terhadap pengurusan sumber manusia dalam industri perkhidmatan, seperti hospitaliti, pelancongan dan pentadbiran rekreasi. Subjek ini mengiktiraf peranan kritikal pengurusan sumber manusia dalam keberkesanan dan kecekapan sebuah organisasi. Pada akhir kursus ini, para pelajar akan dapat mernperjelaskan proses dan prosedur yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia, mengenalpasti tempoh hubungan kerja dalam konteks industri perkhidmatan, menilai kaedah pengurusan dan pembangunan sumber manusia, mengenalpasti hubungan antara pekerjaan dalam perindustrian dan perundangan.

KERJAYA SEORANG ANGKASAWAN


Program Angkasawan Negara Malaysia bermula pada 2006untuk menghantar angkasawan dari negara Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai Angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007.
Pengarah Program Angkasawan Negara ialah Kolonel Dr Zulkifly Yusoff.
Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed akan menginap di Hotel CosmonautBaikonour,Kazakhstan.Mereka menjalani latihan fisiologi dan mental bagi memastikan mereka cepat menyesuaikan diri sejurus tiba di ISS seperti waktu tidur dan makan
Solat hajat dan khutbah Jumaat bertemakan 'Misi Angkawasan Negara Anugerah Allah SWT Dalam Menjana Fardhu Kifayah Ummah' dibaca di semua masjid di seluruh Malaysia pada hari Jumaat 5 Oktober 2007 menjelaskan kepentingan program itu mengikut pandangan Islam.

Kerjaya seorang guru


GURU,,,,,,GURU,,,,,,GURU


Guru menjadi ujung tombak dalam pembangunan pendidikan nasional. Utamanya dalam membangun dan meningkatkan kualitas sumber daya manusia melalui pendidikan formal.

Guru profesional dan bermartabat menjadi impian kita semua karena akan melahirkan anak bangsa yang cerdas, kritis, inovatif, demokratis, dan berakhlak. Guru profesional dan bermartabat memberikan teladan bagi terbentuknya kualitas sumber daya manusia yang kuat. Sertifikasi guru mendulang harapan agar terwujudnya impian tersebut. Perwujudan impian ini tidak seperti membalik talapak tangan. Karena itu, perlu kerja keras dan sinergi dari semua pihak yakni, pemerintah pusat, pemerintah daerah, masyarakat, dan guru.

Kerjaya sebagai pensyarah

Assalamualaikum...di sini saya hendak kongsikan tentang kerjaya sebagai seorang pensyarah secara ringkas.



Part yg palingggg penting adalah kat bahagian Ijazah tu. Pastikan pointer anda 3.00 ke atas baru cerah harapan utk jadi pensyarah. Kalau bawah 3.00 paling bawah pun sekurang-kurangnya 2.75 tapi memang tak layak la nak mohon kat universiti penyelidikan macam UM, UKM, UPM, USM, UTM..

Kalau pointer cukup2 2.75, setakat yang saya tahu boleh mohon di universiti2 yg baru naik taraf drp kolej universiti. Boleh juga mohon di universiti swasta.

Kenapa saya kata pointer masa ijazah sarjana muda tu penting, sebab kalau dah buat master sekalipun, kalau pointer sarjana muda tu akan diperhatikan juga.

Ni antara yg saya baca kat ruangan2 forum di internet lah. Namun, tak salah mencuba, kadang2 Allah nak bagi mudah rezeki kita, senanglah dapat. :)

Kerjaya seorang chef

Salam... sekadar pandangan...

Nk jadi Chef ni mcm2 ade... Chef kt TV k, Chef kt uma k, Chef kt Hotel k, @ last skali, Chef merangkap tenaga pengajar..
hehe..

Nk jd chef kt TV, kene le slalu masuk ptndgn masak.. chef kt otel, kene ade pnglamn, chef kt uma, hang tolong je mak hang kt uma tue.. hehe.. chef aka tenga pengajar, (mcm sy skng ni Grin), kene ad education, at least diploma...

kalo nk blaja, mcm2 tmpat ade tawarkan.. yang swasta, kjaan.. mcm2 lah.. pastu, thap pelajaran plak.. ade sijil kemahiran malaysia (SKM) ade, sijil dlm bdng perhotelan, diploma kulinari, n mcm2 lg lah.. hehehe

juz nk share pemikiran.. Grin

Kerjaya sebagai juruterbang

JURUTERBANG

Untuk kerjaya pilihan kali ini ialah sebagai seorang JURUTERBANG atau PILOT. Kerjaya ini menjanjikan pendapatang yang cukup lumayan serta pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko tinggi.



Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:
+ Mempunyai komitmen yang tinggi dan minat yang mendalam terhadap kerjaya.
+ Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
+ Boleh berkomunikasi dengan baik.
+ Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
+ Menguasai matapelajaran matematik, sains dan fizik.
+ Berumur 18 hingga 24 tahun.
+ Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
+ Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan alat
optik hanya untuk juruterbang tentera udara sementara juruterbang komersial 6/60 dengan bantuan alat optik serta tidak rabun warna).
+ Ketinggian minimum tidak kurang dari 5 kaki 4 inci.
+ Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh yang singkat atau lama.
Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.Untuk menjadi juruterbang pesawat penumpang atau kargo anda, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Pelajar yang berminat untuk mengikuti Latihan Penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.
 

Monday, 17 October 2011

kerjaya sebagai polis

                                   Berikut adalah carta alir untuk kerjaya seorang polis





Pendahuluan  

Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.
Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 4 cara iaitu, sebagai Konstabel Tambahan, Konstabel, Inspektor dan Kadet ASP. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan.

Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.



Kenaikan Pangkat

Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.



Kelayakan Kadet ASP



Warganegara Malaysia


Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 26 tahun pada tarikh tutup.