Thursday, 20 October 2011

kerjaya seorang pramugari


Kerjaya Pramugari

Salah satu kerjaya yang mendapat ramai penimatnya ialah kerjaya sebagai seorang pramugari.

1. Tugas Asas
Tugas as seorang pramugari atau pramugara ialah memastikan keselamatan penumpang disetiap masa. Inilah tugasan yang mewajibkan syarikat penerbangan membawa pramugari/ra semasa terbang. Tugasan lain ada lah ditambah termasuk tugas menghidang makanan dan membuat jualan kepada penumpang.


2. Ukuran Pencapaian
Ukuran pencapaian seorang anak kapal adalah agak sukar dan menjadi persoalan dibeberapa pihak. Munkin ada mudah nya hanya dengan menggunakan ukuran berasaskan 'complaint' atau compliment yang diterima. Semakin banyak pujian maka semakin tinggilah ukuran nya. Kalau sesaorang itu banyak mendapat complaint maka kuranglah pencapaian dia.


3. Struktur Jawatan Kerjaya.
Struktur nya mengikut keadaan syarikat. Dibawah dinyatakan contoh sebuah syarikat Penerbangan Antarabangsa:

a. Mula Kerja sebagai - Junior Cabin Crew - berkhidmat didalam kapal kecil seperti B737.

b. Anak Kapal Senior - Bertugas didalam kapal yang lebih besar seperti B747. Kapal ini anggap sebagai wide-body dan mempunyai 2 aisle - 2 lorong didalam cabin nya.

c. Steward/stewardess Kanan - Jawatan yang diberi kepada The crew in charge in a flight for a small aircraft.

d. Supervisors Cabin - Crew yang bertugas sebagai supervisor didalam kapal besar seperti B747.

e. Controller - Menjaga sesuatu fleet atau jenis kapal, seperti B747 atau A330. Ini mrupakan tugas dipejabat dan jarang jarang terbang.

Kerjaya sebagai akauntan

Akauntan
Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.
Keterangan Tugas
Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;
Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;
Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;
Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;
Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain.

Wednesday, 19 October 2011

kerjaya sebagai doktor

DASYAT,,,DASYAT,,,


Nak jadi pakar kanak2  mestilah seorang yg penyabar dan boleh melayan kerenah kanak2... melayan kerenah kanak2 yg sihat sangat berbeza dgn melayan kanak2 yang sakit... tak sama.. kalo yg sihat pun kita takbleh nak handle... yang sakit lagi laaa..
lepas tu pulak, kena layan kerenah mak bapaknya pulak...
cuba bayangkan situasi begini... anda sebagai doktor perlu menyuntik ubat kepada pesakit... pesakit meraung kerana takut dicucuk...  mak bapak pulak tak senang duduk dan ada yang celupar memaki doktor kononnya terlalu kasar (dah nak cucuk jarum, mesti la sakit)... jadi anda kena handle dua part... budak tu dan parents dia..
pada saya lebih mudah handle budak dari parents...

satu benda lagi... kalo anda terbuat silap... anda akan lebih mudah disaman oleh parents....
berbanding jika anda tersilap pada org dewasa ata org tua.... emosi tidak terlalu kuat disitu..

satu lagi yang perlu diingati...hehehehe..
kanak2 sakit ni tak macam org dewasa.... kalo dia nak sembuh, dia akan sembuh lebih cepat dari org dewasa.. tapi kalo dia nak jadi tenat, dia akan lebih cepat menjadi tenat berbanding org dewasa... jadi, sebagai pakar kanak2, anda mesti sentiasa available dan rushing bila berlaku sesuatu situasi kecemasan pada pesakit anda....

Kerjaya sebagai jurugamba

Jurugambar atau jurufoto adalah seseorang yang mengambil gambar foto menggunakan kamera. Mereka ini adalah seniman kerana hasil karya mereka dihargai sebagaimana lain-lain artis visual. Seseorang boleh menjadi seorang jurugambar amatur atau seorang jurugambar profesional jika dia menggunakan bidang fotografi bagi menyara hidupnya.


Jurugambar sering dikategorikan berdasarkan subjek kesukaan mereka. Antara subjek kegemaran jurugambar ialah landskap, alam benda, potret, dokumentari, jurufoto komersil, dan sebagainya. Beberapa jurugambar membuat pengkhususan kepada sesuatu subjek sahaja.

kerjaya sebagai wartawan

Berminat dan berkemahiran dalam bidang penulisan.
Cenderung dan berminat dalam penulisan berkonsep Islamik.
Sering mengikuti perkembangan semasa dan dunia Islam.
Berminat melakukan kerja-kerja kewartawanan.
Tahan cabaran & boleh bekerja di bawah tekanan deadline.
Boleh bekerja sama ada dalam berkumpulan atau bersendirian.
Kreatif & banyak idea baru.
Gemar membaca.

Syarat lain:
Pemegang ijazah @ diploma dalam komunikasi digalakkan memohon.
Graduan aliran lain juga boleh memohon asalkan punya minat mendalam dan berani mencuba.
Pengetahuan dalam bidang agama; adalah satu keistimewaan.

Jika anda ada ciri-ciri di atas dan punya keistimewaan lain, maka anda layak untuk membina kerjaya di Kumpulan Karangkraf sebagai WARTAWAN/PENULIS (sepenuh masa).

kerjaya seorang bomba

Buat pertama kali melihat panorama FRAM Wakaf Tapai memang hebat. Keluasan kawasan dengan lokasi Pusat Latihan yang bersih dan menarik menjadikannya antara Pusat Latihan yang saya paling 'respect dan suspect'. Sewajarnya Pusat Latihan ini dinaikkan tarafnya menjadi Akademik yang bertaraf dunia dengan diperlengkapkan lagi kemudahan latihan yang sedia ada. Suasana yang damai pada pagi hari menjadikan Pusat Latihan ini tenang dan 'syonok' dipandang mata. So ada seorang pegawai Bomba pernah berkata, 'Di FRAM tiada hari yang TIADA LATIHAN' so melihat suasana sebegitu pastinya sesuailah kalau anggota bomba ke sini... latihan... latihan..... latihan.....

Bangun pagi tu biasa lah.. tapi bangun seawal jam 5.30 pagi sambil siap pakai uniform lengkap.. fuyoo itu kira 'baik punye'. Anak2 dara Kadet Bomba di'kerah' bangun awal dengan persediaan rapi bagi memulakan kursus dan latihan. Sebelum tu, malam semalamnya 'berjaga' betulkan boot sampai jam 1.30 pagi. Biasalah bagi 'kilat dan adjust' sana sini. Walau bagaimanapun semua urusan beres.

Pagi tu makan kena beratur dan bertertib. Tapi budak2 pompuan lah katakan 'jaga dan control cantik'. Sebelum bersarapan sempat posing ramai-ramai buat kenangan ketika seawal pagi di FRAM Wakaf Tapai, Terengganu.

Kerjaya seorang arkitek


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat setia majalah web ini. Smile Ruangan kerjaya kali ini akan membincangkan mengenai kerjaya seorang arkitek profesional. Saya amat yakin setiap orang pasti mengimpikan cita-cita yang sangat tinggi dalam diri mereka dan salah satunya ialah kerjaya arkitek.
 

 Seorang arkitek itu akan dilatih secara khusus untuk menimba pengetahuan dalam unsur-unsur seni dan mengintegrasikannya dengan unsur-unsur sains. Melalui integrasi ini seorang arkitek itu bukan sahaja dapat memenuhi keperluan manusia untuk mendapatkan tempat perlindungan, bahkan dapat juga mencipta tamadun kemanusiaan yang akan kekal untuk dinikmati, dinilai dan menjadi warisan generasi akan datang. Selain itu, tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat undang-undang dan akta perancangan setempat. Seorang arkitek perlu memainkan peranan dan juga bertanggungjawab dalam menyelaras pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari awal hingga ke akhir.